Wednesday, 23 July 2014

Pesan...

Pesan pada diri, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..pada insan yang tak mengerti kerana SEKALI kau memberi, SELAMANYA di HATI
kerana SEKALI kau dilukai, sampai BILA-BILA tetap kau ingati
pesan lagi pada diri, HATI-HATIlah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa TINGGInya nilai SEKEPING HATI...

Pesan ni untuk diri aku jugak...aku share jek dalam blog aku ni
sedar tak sedar Ramadhan akan meninggalkan kita dan belum tentu tahun depan kita akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ni, Ramadhan..
lately ni, aku selalu rasa sayu and sedih jek..tak tau la kenapa tapi bila tengok gambar2 raya tahun lepas rasa macam nak meleleh je airmata ni...

well, lepas kursus haritu aku kembali la ke office aku yang macam dalam rumah hantu aku rasa ni...
(kalau korang datang office aku ni pun korang akan cakap benda yang sama)
few things happen before Ramadhan...


ni masa wedding classmate aku Nadia Nadhira (yang potpuri tu) and wedding player JDT Irfan Fazail..actually kakak Irfan tu classmate aku masa sekolah rendah so that's why la dapat jemputan...


ade cerita disebalik gambar atas ni..hehehe!! alkisah..sarjan mama aku jemput ke wedding anak lelaki dia kat Dewan EC..sampai2 je dewan aku dapat wechat dari sorg kawan lama, Rafiq (yang paling chubby dlm gambar) dia mesej "oi tengok kanan kau" dan aku pun toleh..ehh!! haha!! rupanya mereka2 diatas ni la yang aku jumpa masa tu dan anak sarjan mama aku ni rupanya kawan aku masa sekolah rendah!! kecik betulkan dunia ni?!? ni la kawan2 aku masa sekolah rendah..


sesuatu yang aku sangat-sangat rindu!! chant kat stadium...bersorak tak hengat dunia! haha..seriously rindu sesangat dengan semua tu...
ni semua kenangan aku...kat stadium Lumut, kat Istana Bukit Pelangi, kat Majlis Pelancaran Jersi 2012, kat stadium MPPG, kat stadium Shah Alam and kat stadium Laken..haha!! masa ni siapa je yang tak kenal aku kat stadium...so thats why bila aku dah tak pegi ramai yang menanya...

oklah...next entry pulak eh?

Monday, 14 July 2014

Kursus Asas Perpustakaan sesi 1/2014

ok sekarang ni kita talk pasal kerja aku pulak
sebulan lebih lepas aku terpaksa menepukan kepala otak ni dengan menghadap Kursus Asas Perpustakaan sesi 1/2014 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia
mula dari 26hb Mei - 30hb Mei 2014

seriously kalau tak fikirkan ada exam yang aku kena hadap, memang tak la aku nak serah diri ambik kursus ni..hahaha!! ayat memang menunjukkan aku pasrah gila2 ambik kursus ni kan...
seminggu okeh aku berkampung kat PNM tu..
aku lebih rela makan minum tak disediakan tapi penginapan disediakan dari makan minum free tapi takde penginapan!! dan kau terpaksa membuat calculation untuk sewa hotel selama seminggu kat sana!! memang menguji ketahanan mental dan emosi sungguh...

anyway, kursus kali ni ramai sikit la dari kursus biasa yang aku pegi sebelum ni..
dan most of them is freshie hire from SPA...
soo0o0ooo..nak tau ape benda yang aku dapat?


haa..nampak tak? nampak tak? haa..tu la yang aku belajar kat kursus..


see? tak pasal-pasal aku kena hadap lagi Law..blueberry puff tu just in case aku tak dapat nak tahan mata ni..ceramah LAW ok, LAW!! 


well...ni la hasilnya! nota-nota dari ceramah-ceramah full class 8.30am - 5.00pm selama seminggu aku kat PNM..
everything about law and fact!! mana la tak tepu otak aku kan...dah lama tak menghafal fakta tetiba kena hafal untuk exam...
mental block weyh!!

selain kursus tu, PNM ada buat Pameran Manuskrip Melayu yang dirasmikan oleh TPM
so peserta-peserta kursus ni semua ambik peluang untuk lihat dengan lebih dekat lagi manuskrip-manuskrip dan bahan-bahan sejarah yang masih disimpan rapi.


ni masa pameran manuskrip melayu tu..ada jenis-jenis keris lama,
tembikar, dapur..macam-macam lagi


ni la kawan-kawan aku masa kat kursus..1st jumpa memang aku agak kekok jugaklah sebab sebelum ni aku berbual dengan dorang ni dalam FB je..


seminggu kursus asas ni walaupun buat kepala otak aku tepu at least aku tau teknik-teknik asas untuk menguruskan perpustakaan..bayangkan aku dah keje 3tahun tapi baru sekarang aku ambik kursus asas ni..aku gagahkan jugak nak ambik sebab aku memang ZERO tentang perpustakaan nie...

ok stop!! cukup2 dah pasal aku pegi kursus ni...hope aku takkan terjebak lagi dengan kursus yang macam ni...seksa kepala otak!
soo0o...until next entry guys...see ya!!!

Sunday, 6 July 2014

Just Because...

Just because i don't SCREAM my feelings
doesn't mean i have NONE
Just because i seem INDESTRUCTIBLE
doesn't mean i'm not WEAK
Just because i don't CRY in front of you
doesn't mean i'm HEARTLESS
Just because you THINK you know me
doesn't mean you ACTUALLY DO

all i need now is someone's shoulder
to make and keep me calm and tell me "i will always be here for you"

tapi...semua tu harapan yang terlalu tinggi

Wednesday, 2 July 2014

nikmatnya makan!!!

MAKAN!!
dalam dunia ni manusia mana yang tak suka makan..?!? kan?!?
bila aku dah penat survey2 ni...mulalah aku nak memanjakan tekak dan perut ni...
ni aku share sorang member aku ni punya ig : @hernanieali 
lama jugak aku dok usha ig nani ni sebab aku geram tengok makanan2 yang dia post!!
semuanya menguji ketahanan tekak aku ni
so memang tak banyak cerita aku pun order laa..antara menu 1st yang aku try :

1) Mini Seafood Taco
2) CristpyChoco Rice in Jar



tadaaaaaa!!!
seriously...choco rice dia memang terbaikkk!! menyesal order 2 jar je masa ni...
seafood taco tu pun siapa2 yang sukakan seafood and kelainan bolelah try
menu ni kalau korang nak order untuk apa-apa event kat office ke..jamuan ke..majlis apa-apa pun bole order..memang sodap weyh!!




tak banyak cerita...2nd time order dengan nani ni aku bantai order choco rice tu sampai 6 jar + CHICKEN FRITTATA
ni salah satu menu baru yang aku try and rasanya memang tak menghampakan!!
sedap oiii!!!
tapi yang memang buat aku makan and nak lagi and nak lagi is her crispychoco rice + chocolate homemade...yang tambah oreo pun boleh tahan jugak dia punya tahap godaan sedap tu...

so guys..pada korang yang suka makan2 makanan jenis macam ni just tryout laa...memang sedap gile tak tipu!!


anyway, ni la member aku tu...puan Hernahernanie Ali...hehehe
last jumpa dia ni kalau tak silap laa tahun 2008/2009 lebih kurang la
masa tu aku tengah belajar lagi...
now we met again sebab dia COD ke rumah segala macam yang aku order tu...

oklah..stop sampai sini je pasal makan2 ni
ada jugak kang aku order lagi
hehehehe...

until the next entry guys!! 

Tuesday, 1 July 2014

Kuarantin!!!


ape kena mengena Kuarantin dengan gambar ni?
haa...ade la kisahnya disebalik gambar ni
tapi yang samanye adalah status anak dara tiga org dalam gambar ni
kitorang tiga-tiga ni tunangan orang :-)
so memang dah tak single & not available la kan...

yang tetengah tu fahruna...dialah yang telah dikuarantin oleh family dia..sebab time kitorang hangout ni dia tinggal sebulan je lagi nak jadi bini orang...hangout dengan kitorang ni pun kena balik before pukul 7..yang lagi sorang tu pulak susah nak jumpa sebab tengah belajar lagi kat sabah...
bila ada kesempatan macam ni tu yang kitorang spend time..

thanks kat fahruna sebab share dengan aku macam-macam petua orang bertunang...thanks alot babe!! love you!!
tak dinafikan, dugaan orang bertunang ni ada macam2 ragam...
lain orang, lain tarbiyah yang Allah bagi...
mungkin orang yang belum bertunang tu bole cakap apa je tapi bila dah alami, barulah korang tau apa rasa... :-)


"nampak senang je AKAD NIKAH..tapi hakikatnya tak ada siapa tahu 1001 cerita si Pengantin untuk sampai ke tahap Ijab Kabul tu..suka-duka, derita sedih.."

dan pada 16.05.2014, member aku ni sah menjadi isteri orang...
segala susah payah sedih sebelum ni dah boleh lupakan dah ye nana :') berkepit dengan laki ko puas-puas...takyah nak sesedih macam dulu lagi...
dugaan dah kahwin lagi maha hebat
apa-apapun tahniah dari aku untuk kau sahabat...happy sangat tengok kau dah selamat jadi bini orang
aku sebenarnya jadi salah seorang pepari yang tolong bawak hantaran dia...haa gittew :') ambil berkat and aura pengantin kononnye

alhamdulillah...seorang lagi sahabat selamat dah jadi bini orang...lepas ni turn sapa? kite tunggu jek la ehh :-)
bye!