Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segala tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata, bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus TABAH menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya kerana perempuan adalah makhluk yang penuh dengan 1001 emosi tetapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Dialah yang paling menyayangi anda dan SANGAT SENSITIF dengan perubahan pada diri anda. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.
Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecik yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, cinta dan kepercayaannya dikhianati. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengatakan "i love you", itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan sekadar hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menajdi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu berSABAR dengan kerenahnya. Percayalah hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andainya lelaki tahu,
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka sering memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Disebalik airmatanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal MENJADIKAN seorang lelaki itu selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin mampu membuat lelaki lemah kerananya.
Jadi,
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuat hidup anda lebih sempurna.