Wednesday, 29 July 2015

Midnight Thoughts

"when you meet someone who tries their hardest to stick by you regardless of how difficult you are, keep them. Keep them at all cost because finding someone who cares enough to look past your flaws isn't something that happens every day.."

hidup ni ibarat kau jadi anak panah dan kau dah tetapkan sasaran yang kau nak..when the times come, kau yakin kau lepaskan anak panah tu tapi tiba-tiba angin tiup dan anak panah kau tersasar dari sasaran yang kau dah target..terpacak tapi bukan pada sasaran yang awal-awal kau target tadi.
macam tu jugaklah dengan kehidupan realitinya ni
kita takkan dapat apa yang kita nak tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu sebenarnya..
so drama-drama yang keluar dalam tv tu semua tu janganlah korang terpengaruh sangat sebabnya apa? sebab..tu skrip yang dah dibuat oleh Manusia sendiri sedangkan perjalanan Manusia atas muka bumi ni Allah dah susun atur elok-elok dah dari Luh Mahfuz lagi..yang pengakhiran kita pun kita takkan tahu macam mana..


Life is just like the Piano..key putih merujuk kepada kegembiraan kita dan key hitam tu merujuk kepada kekecewaan/kesedihan kita..tapi kita tak boleh hasilkan lagu tanpa key hitam? kan? lain la nanti irama dan lagu (gila la ayat aku dah macam dialog p.ramlee!!) so conclusion kat sini life kita ni perlu ada dua-dua perkara ni..apa guna hidup tanpa ada risiko kan? both will teach you how to getting back up after fall down and you will know how strong you are until be strong is your only choice..

aku pun manusia biasa yang tak terlepas dari buat silap..kita semua la..kan? dan pengalaman adalah guru paling baik dalam hidup sebenarnya..tapi kalau kau memang jenis hati batu kau akan rugi la..kasih sayang tu adalah perkara paling manis dalam hidup..kita ada pilihan sebenarnya..tepuk dada tanyalah Iman
dari pengalaman jugaklah kau belajar menghargai apa yang ada dalam hidup kau...fitrah manusia ni, bila depan mata time tu angkuh dengan diri sendiri tapi bila dah takde, time tu la kau tercari-cari balik..mungkin time kau cari balik tu kau dah terlambat..

apa yang aku dapat dari pengalaman aku, pasangan kita sangat mempengaruhi kita nanti..kenapa aku cakap macam tu? haa...nanti korang tau jugak hehehe...
dan percayalah cakap aku, ego akan buat korang menyesal nanti...tapi kalau kau nak jugak menongkat dunia ni dengan ego kau, be my guess!!

aku dah rasa macam mana kena buang senang-senang gitu je..orang buat aku macam aku ni anak patung..aku bukan macam memory card tu bila reset semua data hilang!!
kalau tak takdanya aku macam orang hilang arah 2bulan lebih..
sekarang aku dah buat pilihan aku..untuk hidup dan masa depan aku dan aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang

"i've got somewhere i belong, i've got SOMEBODY to love"
well, orang kat luar sana boleh buat apa-apa tanggapan atau nak bercakap apa sahaja and i really dont give a damn about that, like seriously!! sebab apa? sebab orang lain ada mata nampak and telinga untuk dengar je and mulut untuk mengata tapi diorang takda kat tempat aku..diorang tak rasa apa aku rasa..
i just live my life to the fullest and make sure apa yang aku dah plan dengan dia lepas ni tertunai..

fi hifzillah wahai yang dirindu :-)

Sunday, 26 July 2015

Ramadhan Ya Kareem

Assalamualaikum w.b.t

pejam celik pejam celik..eh!! dah jumpa Ramadhan semula..
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun ni dan diberi peluang untuk meningkatkan lagi amalan-amalan kita selain memperbaiki serta muhasabah diri..semoga kita semua memperoleh keberkatan InsyaAllah

Ramadhan tahun ni rasa seronok sikit sebab unexpected person tu punya la bersemangat nak sambut Syawal sama-sama :-)
almost 3month going 4month and alhamdulillah..everything going smooth so far ni la..hehehe..apa-apa pun semoga kami sama-sama kuat

well,
here goes some moment picture during my Ramadhan 2015
as i always told
picture and words are the working tools of memory


oklah..separuh je cukupkan..hehe!! ni time nak berbuka puasa kat SDS Cafe City Square..siap dengan baju kerja!! yela..merempit masa ni ;-)


kali ni berbuka satu batallion! this is TheRahman..anyway rasanya ni baru suku je..kalau ikut betul-betul, penuh nanti LC Catering tu dgn family kitorang..masa ni ayah je tak dapat join sebab dia kerja..


The Hamzah's..hahaha!! ni la family aku..harini je la dapat buka luar dengan ayah..lepas tu manjang buka bertiga je dengan mama kat rumah..


yang bawah tu Kacang Pool and yang atas tu Laksa Penang..dua-dua ni menu berbuka aku! berbuka kat Angsana masa ni dan tak tau kenapa tekak jadi tekak naga hari tu..bongok kan? mana la tak boncet suraya oii!!


Roti Telur Cheese!! hasil mengGoogle resepi ni la jadinya..hahaha!! nak buat menu sahur katanye..



oh well..this is our baju raya this year!! haa..katanya nak sedondon kan :-) siap gosokkan sekali tu!! tinggal datang amek and pakai je..kan awk?! ;-)


haa..ni kakak aku!! tak kesah la kitorang bergaduh ke ape ke, tapi alhamdulillah die tak pernah buat aku macam bola..die sentiasa ada dan sentiasa bagi aku semangat..tak pernah pun die sisihkan aku sebagai adik die..dan die satu-satunya kakak yang aku ade..jatuh bangun aku semua die tau dan die tak pernah lupakan aku..memang die tak ade 24/7 dengan aku tapi bila aku perlukan die, die tak pernah kecewakan aku..masa ni lagi seminggu nak raya barulah dapat berbuka dengan die..tu pun berbuka dengan ahli-ahli JFC lama macam 3 tahun lepas..haihh busy saja akak aku sorang ni..

oklah..
bab-bab raya nanti jumpa kat next entry je la ye..



a Walk to Remember 1

Sometimes you have to get knocked down lower than you've ever been to stand up taller than you ever were before..

Find a heart that will love you at your worst and arms that will hold you at your weakest and always remember, you can give without loving but you cannot love without giving..


Sambal Udang request by him..hahaha!! dah la ni 1st trial aku!! korang percaya tak aku masakkan dia ni?! tak payah nak terkejut sangat sebab aku pun macam tak percaya je..hehe!! ni 1st time jugak la aku masakkan request orang tau tak..untunglah awak :-)


masa ni seronok je bakar lemak dengan mama pepagi buta kat Dataran..zumba la katanya kan..zumba je la mampu sekarang disebabkan aku dah tak menari lagi..
eh,eh..ade orang belikan kita gula-gula kapas ni la..dah kite kena ternak lemak balik!!


Sushi!! yes i am sushi lover!! ala bukan tiap-tiap bulan pun aku makan sushi ni...time tiba-tiba craving baru la mencari menatang ni haa..kadang-kadang sanggup ajak mama even mama tak makan tapi temankan aku makan je ;-) senonoh betul anak dia kan...


salah 1 cara aku nak entertaint diri aku...movie!! bersyukur la aku ni kaki wayang dari aku ni kaki shopping kan...hahaha!! 


1st gambar kitorang yang aku edit sendiri! motif?! aku pun tak tau apa sebenarnya..haha! tiba-tiba ade instinct nak edit sebab aku suka gambar dia yang ni! awak diam eh!! jangan gelak!! *dushdush


masa malam ni rasa macam 1st time setelah sekian lama tak keluar malam..gila la kau ingat nak moved on senang ke ape? mulut cakap mata tengok yela senang..haha!! 

Wednesday, 8 July 2015

Thinking Out Loud


Tak tau kenapa tapi aku memang suka sangat lagu ni sampaikan dia pun terjebak sekali suka lagu ni :-) 
"Maybe we find love right where we are"

A Walk to Remember

Assalamualaikum w.b.t


Fork N Dagger
tempat ni aku pernah tanya dia sedap ke tak sebab aku tak pernah pegi so dia bawak aku pegi sini. Apa je aku sebut mesti dia nak bawak ke tempat tu.


Durian Puff
benda alah yang creamy2 ni aku dapat kat KSL. ni pun dia yang bagi aku rasa. so ni 1st time la aku rasa sebab aku ni hantu Durian Crepe! sedap la weyh Durian Puff ni. Thanks ye awak :-)

Tapi before kitorang melantak ni kitorang tengok movie dulu tapi movie apa aku boleh pulak lupakan. hehehe...sorry ye awak ;-) janji saya tak lupa awak, kan?

Unexpected Person!!

Assalamualaikum w.b.t
Sejak-sejak dah macam ni, aku dah pegi stadium dengan senang hatinya. yelah, dah tak fikir ada hati lain aku kena jaga kan. gila bestnya pegi stadium!! lama aku tak jejak kaki menapak naik tangga stadium Larkin tu. 

anyway, aku happy dengan life aku sekarang. bertambah-tambah happy dengan unexpected person yang tiba-tiba muncul dalam perjalanan hidup seorang Suraya Hani ni. everything start with Wechat la. apasal?! Wechat tak boleh nak kenal orang la?! come on la kan. 

Well, aku ni accept je siapa yang add aku (tapi tak semua la) lagi kalau muka tu alahai macam baru lepas SPM je so memang aku tak akan layan la (sebab aku ni dah tua wey!) Unexpected person ni tegur aku tapi apa yang buat aku respect dia ni, 1st dia tanya status aku sebab dia kata dia tak nak kacau hak orang lain. Then aku terangkan la pada dia. Actually aku memang dah ready mental dan fizikal untuk soalan-soalan yang bakal atau akan ditanya nanti bukan dari dia je tapi dari sesiapa pun.

Banyak kali jugak dia ajak keluar jumpa or makan tapi aku belum yakin lagi. Bukan tak yakin dengan dia tapi dengan diri aku sendiri. Aku nak pastikan aku betul-betul dah ok dengan keadaan aku sebab once aku move on, aku tak akan patah balik. memang itu prinsip aku dari dulu. And finally, kali ke 3 dia ajak keluar lunch baru aku setuju. Itupun aku dah kena sound dengan dia "ala sebelum2 ni pun ada je alasan" hahaha..sentap iolls!! 

17052015 itulah hari 1st aku jumpa dia. seminggu lepas birthday dia. tapi hakikatnya aku dah kenal dia on 29042015. so how our 1st meeting? kelakar sebab dah la aku tiba-tiba bole kena sakit mata kan!! spoil sungguh. tapi aku dah jadi sehabis cute dah hari tu (bongokkan ayat aku?) so we're make decision nak lunch Ayam Penyet kat Kempas. On our way tu we all berbual tentang diri masing-masing. Aku cerita apa yang dah aku lalui and dia pun cerita apa yang dia dah lalui.

so from that, kitorang ni dah lalui pengalaman yang sama tetapi dalam situasi yang berbeza. Apa-apa pun kitorang melalui 1 fasa yang sama iaitu ditinggalkan. Dari 1st met ni aku rasa aku selesa dengan dia sebab dia ni banyak cerita!! hehehe..yela, aku ni nampak je macam pendiam tapi hakikatnya 2x5 je dengan dia. after lunch dia hantar aku balik office semula (dalam hati ni memang menunggu next meeting!) hahaha..

but honestly, lepas apa yang dah berlaku pada aku tu, dia lelaki pertama yang aku keluar sama-sama. aku memang tak reti nak keluar dengan ramai lelaki dalam 1 masa. come on, maruah aku bukan bawah tapak kaki. beside, aku bukan bawak maruah aku je tapi nama baik Mama Ayah aku. 
well, sampai office dia mesej aku bagitau dia ada kat rumah mak dia. so starting from that moment, kitorang keraplah whatsapp or wechat. and from that moment jugak, aku sedar ini petunjuk yang Allah bagi untuk aku teruskan and nikmati sisa-sisa hidup aku.

thanks alot jugak pada Unexpected Person ni yang sentiasa beri dorongan serta semangat untuk aku lalui hari-hari esok. Macam tu jugak aku, aku akan kongsi pengalaman yang aku dah lalui dengan dia supaya dia dapat jadikan pengajaran nanti.
apa yang buat kami jadi selesa mungkin dari pengalaman kami. so kami dah rasa sakitnya tu macam mana.

ok dah la. berjela siot aku berceloteh. nanti ada jugak korang bosan baca kan. hahaha!! :-) next entry nanti aku sambung ye! *wavehand

Bangkit sesudah Jatuh

Assalamualaikum w.b.t

"Wahai Allah, jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dan jadikanlah aku manusia yang sentiasa redha walau dalam apa jua keadaan sekalipun.."

Itulah doa aku setiap kali selesai solat.
Hari demi hari, aku dapat rasakan seolah diri aku ni dapat 1 semangat yang aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana..
Alhamdulillah aku dah boleh gelak-gelak ketawa tak ingat dunia dengan sepupu-sepupu aku
dah boleh senyum tanpa terpaksa dengan kak Reen & kak Zack
dah boleh nak keluar berjimba-jimba dengan sepupu aku..
kadang-kadang aku tidur rumah sepupu aku..at least masa aku tak kosong supaya aku tak fikir perkara2 yang lepas tu..

senang cakap orang lain memang tak akan faham apa aku rasa sebab orang lain tak rasa apa aku rasa and tak ada di tempat aku sekarang..
everything about experience
lain orang lain dugaan yang Allah bagi


tiada apa yang aku harapkan selain untuk terus kuat menghadapi hari-hari yang mendatang yang kita sendiri tak tahu apa akan jadi..
segalanya hanya dengan Doa

Thank You Allah

Tuesday, 7 July 2015

Hello Again!!

Assalamualaikum w.b.t
ya Allah lamanya tak berblogging ni!! last post pun lupa bila..hahaha!!
macam dah nak hampir-hampir setahun pun ada jugak ni..

Alhamdulillah, syukran ya Allah..selama aku menyepi dari blogging ni macam-macam dah aku lalui..dan sekarang aku dah bangkit dari jatuh
senang kata aku dah totally move on la..
Kau ingat senang ke dah jatuh terjelepuk dari tempat tinggi lepas tu kau nak bangun balik sambil kutip sisa-sisa hati kau yang dah berterabur hancur tu?
masyaAllah..subhanAllah
Allah je yang tahu macam mana aku rasa masa tu..aku sendiri ngeri la bila kenang and ingat balik semua tu sebab tak pernah terfikir aku akan lalui semua ni
lebih-lebih lagi perkara tu berlaku 4hari before birthday aku yang ke-28
memang tak ada makna langsung birthday aku tahun ni..

sakitnya masyaAllah..aku tak boleh nak gambarkan or nak ungkapkan dengan kata-kata
kau ingat senang ke nak lupakan orang yang kita sayang?
and paling best, pernah kau rasa tak nak buang perasaan sayang pada seseorang? kau terpaksa even kau nak cuba pertahan kan?
eh kalau tak betul2 aku boleh gila la! hahaha...
sounds funny, right? tapi itulah hakikatnya yang aku rasa..

paling terkesan tentulah mama & ayah aku
tapi mereka jugaklah antara sumber kekuatan aku selama aku hadap semua tu
1st month memang aku belum boleh move on lagi dan aku berusaha selagi aku mampu..sampaikan makan minum aku pun entah kemana..
dari berat aku 48kilo boleh turun 44kilo only in 2weeks!! orang lain nak diet berbulan-bulan siot!! hahaha..
masuk 2nd month sikit2 aku dah boleh fikir apa yang patut aku buat
dah tiba masa untuk aku pentingkan diri aku sendiri
dah tiba masa untuk aku fikirkan diri aku and masa depan aku
masa yang ada aku guna untuk muhasabah diri

aku ada life yang aku perlu teruskan
aku ada kerjaya yang aku perlu laksanakan
aku ada family yang sentiasa support aku
aku ada maruah
so bila difikir-fikirkan balik, kenapa aku perlu nak buang masa and letak bawah maruah aku semata-mata nak selamatkan keadaan?
aku percaya Allah takkan ambil sesuatu dari kita tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik...

masyaAllah besarnya Rahmat Allah
alhamdulillah aku kembali pulih sekarang
aku bersyukur sangat2 aku masih dikelilingi insan2 yang sentiasa support aku
Mama Ayah
Elite The Rahman

ok guys,
till then ye
next entry nanti aku update lagi