Assalamualaikum w.b.t
Sejak-sejak dah macam ni, aku dah pegi stadium dengan senang hatinya. yelah, dah tak fikir ada hati lain aku kena jaga kan. gila bestnya pegi stadium!! lama aku tak jejak kaki menapak naik tangga stadium Larkin tu.
anyway, aku happy dengan life aku sekarang. bertambah-tambah happy dengan unexpected person yang tiba-tiba muncul dalam perjalanan hidup seorang Suraya Hani ni. everything start with Wechat la. apasal?! Wechat tak boleh nak kenal orang la?! come on la kan.
Well, aku ni accept je siapa yang add aku (tapi tak semua la) lagi kalau muka tu alahai macam baru lepas SPM je so memang aku tak akan layan la (sebab aku ni dah tua wey!) Unexpected person ni tegur aku tapi apa yang buat aku respect dia ni, 1st dia tanya status aku sebab dia kata dia tak nak kacau hak orang lain. Then aku terangkan la pada dia. Actually aku memang dah ready mental dan fizikal untuk soalan-soalan yang bakal atau akan ditanya nanti bukan dari dia je tapi dari sesiapa pun.
Banyak kali jugak dia ajak keluar jumpa or makan tapi aku belum yakin lagi. Bukan tak yakin dengan dia tapi dengan diri aku sendiri. Aku nak pastikan aku betul-betul dah ok dengan keadaan aku sebab once aku move on, aku tak akan patah balik. memang itu prinsip aku dari dulu. And finally, kali ke 3 dia ajak keluar lunch baru aku setuju. Itupun aku dah kena sound dengan dia "ala sebelum2 ni pun ada je alasan" hahaha..sentap iolls!!
17052015 itulah hari 1st aku jumpa dia. seminggu lepas birthday dia. tapi hakikatnya aku dah kenal dia on 29042015. so how our 1st meeting? kelakar sebab dah la aku tiba-tiba bole kena sakit mata kan!! spoil sungguh. tapi aku dah jadi sehabis cute dah hari tu (bongokkan ayat aku?) so we're make decision nak lunch Ayam Penyet kat Kempas. On our way tu we all berbual tentang diri masing-masing. Aku cerita apa yang dah aku lalui and dia pun cerita apa yang dia dah lalui.
so from that, kitorang ni dah lalui pengalaman yang sama tetapi dalam situasi yang berbeza. Apa-apa pun kitorang melalui 1 fasa yang sama iaitu ditinggalkan. Dari 1st met ni aku rasa aku selesa dengan dia sebab dia ni banyak cerita!! hehehe..yela, aku ni nampak je macam pendiam tapi hakikatnya 2x5 je dengan dia. after lunch dia hantar aku balik office semula (dalam hati ni memang menunggu next meeting!) hahaha..
but honestly, lepas apa yang dah berlaku pada aku tu, dia lelaki pertama yang aku keluar sama-sama. aku memang tak reti nak keluar dengan ramai lelaki dalam 1 masa. come on, maruah aku bukan bawah tapak kaki. beside, aku bukan bawak maruah aku je tapi nama baik Mama Ayah aku.
well, sampai office dia mesej aku bagitau dia ada kat rumah mak dia. so starting from that moment, kitorang keraplah whatsapp or wechat. and from that moment jugak, aku sedar ini petunjuk yang Allah bagi untuk aku teruskan and nikmati sisa-sisa hidup aku.
thanks alot jugak pada Unexpected Person ni yang sentiasa beri dorongan serta semangat untuk aku lalui hari-hari esok. Macam tu jugak aku, aku akan kongsi pengalaman yang aku dah lalui dengan dia supaya dia dapat jadikan pengajaran nanti.
apa yang buat kami jadi selesa mungkin dari pengalaman kami. so kami dah rasa sakitnya tu macam mana.
ok dah la. berjela siot aku berceloteh. nanti ada jugak korang bosan baca kan. hahaha!! :-) next entry nanti aku sambung ye! *wavehand
No comments:
Post a Comment